
Selamat datang
Selamat datang ke Tatakelakuan Jabil (“Tata”). Tata kita bertujuan untuk dijadikan sebagai suatu pernyataan tentang prinsip kita dan cara kita menjalankan perniagaan. Tata ini juga bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan yang praktikal bagi menyampaikan nilai, budaya dan piawaian kelakuan kita. Tata kita bertujuan untuk membantu jika anda mempunyai soalan tentang piawaian etika dan pematuhan kita. Tata ini akan membantu anda menerapkan nilai dan dasar dalam situasi yang mungkin anda hadapi.
Tata ini tidak bermaksud untuk meliputi setiap situasi yang berlaku. Tata ini menyediakan piawaian asas kelakuan, supaya semua yang terlibat dengan Syarikat kita boleh mengetahui jangkaan mereka. Hubungi Pasukan Etika dan Pematuhan Global atau mana-mana sumber lain yang disenaraikan dalam Tata ini jika anda memerlukan maklumat atau panduan tambahan.
Setiap individu yang bekerja di Jabil atau subsidiari global mestilah mematuhi Tata, dasar dan prosedur kita. Individu ini termasuklah semua pekerja, pegawai dan pengarah.
Kita juga menghendaki sesiapa yang bertindak bagi pihak Jabil untuk mematuhi Tata dan dasar pematuhan kita. Mereka ini termasuklah daripada pembekal, perunding, ejen, wakil jualan, pengedar dan kontraktor bebas.