Media Sosial — Hormat-menghormati — Topik Sensitif
Kita Berkomunikasi Tentang Syarikat Kita dan Menggunakan Media Sosial Dengan Penuh Tanggungjawab
Dalam bahagian ini, kita akan merangkumi:

Komitmen Kita
Media sosial merupakan alat komunikasi yang berkuasa. Kita berusaha untuk memanfaatkan kekuatan tersebut untuk mewujudkan hubungan yang jujur, langsung dan penuh bermakna dengan pelanggan serta pihak berkepentingan yang lain.
Sebab Perkara Ini Penting
Media sosial boleh memberikan kesan yang positif dan negatif. Kita menyedari bahawa pertukaran maklumat boleh diambil di luar konteks, diputarbelitkan, atau disalah faham. Itulah sebabnya kita berhati-hati semasa membuat profil awam dan menulis komunikasi luar.

Cara Kita Melakukan Perkara yang Betul
-
Berhati-hati
Berhati-hati semasa menyenaraikan Jabil sebagai majikan anda pada mana-mana laman media sosial, dengan memahami bahawa aktiviti media sosial anda mungkin mempengaruhi Jabil dan/atau persekitaran kerja Jabil.
-
Nyatakan dengan Jelas
Nyatakan dengan jelas bahawa sebarang pendapat anda merupakan pendapat peribadi anda dan tidak mencerminkan pandangan Jabil.
-
Jangan Dedahkan
Jangan dedahkan maklumat perniagaan sulit tentang Jabil, pelanggan kita, atau rakan niaga kita.
-
Membuat Laporan
Jika anda melihat sesuatu dalam talian yang boleh membahayakan Jabil, laporkan kepada Talian Penting Integriti Jabil. Jangan respons sendiri pada komen yang negatif.
-
Jangan Umumkan
Jangan umumkan perkara yang bukan hak anda untuk mengumumkannya, tetapi tunjukkan sokongan pada pengumuman besar Syarikat.
-
Hormat-menghormati
Gunakan pertimbangan yang baik. Sampaikan idea dan pendapat dengan cara yang penuh hormat.
-
Fikir dengan Teliti
Fikir dengan teliti sebelum menekan butang “paparkan” atau “siarkan” pada mana-mana platform media sosial.

Melakukan Perkara yang Betul – Ambil Tindakan
Saya telah memasukkan Jabil sebagai majikan saya di Facebook. Adakah sesuai sekiranya saya menyiarkan pendapat peribadi tentang pelanggan dan pembekal Jabil?
Berhati-hati apabila anda menghubungkan profil media sosial anda dengan Jabil walau apa-apa cara sekalipun kerana paparan anda mungkin akan dikaitkan dengan Jabil. Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Perusahaan.
Topik Sensitif
Berhati-hati semasa menggunakan media sosial untuk membincangkan topik sosial atau budaya yang sensitif seperti:
- Politik
- Agama
- Jantina
- Orientasi seksual
- Identiti jantina
- Atau topik sensitif berkaitan yang lain
Komen tersebut boleh dikaitkan dengan Jabil.
Ketahui Lebih Lanjut
Dalam bahagian berikut, kita akan merangkumi:
AI Generatif — Melindungi Hak Cipta — Menyemak Kandungan AI