Dunia Kita

Kita Bekerja bersama Kerajaan dengan Penuh Tanggungjawab

Dalam bahagian ini, kita akan merangkumi:

Pegawai Kerajaan Pemerolehan Pertanyaan Kerajaan

Komitmen Kita

Kita mestilah berhati-hati apabila membuat urusan perniagaan dengan orang lain dengan menyampaikan maklumat yang tepat dan lengkap. Lebih-lebih lagi, jika kita berurusan dengan pelanggan kerajaan. Maklumat yang mengelirukan atau tidak tepat yang disampaikan kepada pelanggan kerajaan boleh dikenakan tindakan undang-undang yang tegas dan boleh membawa kepada pendakwaan jenayah.

Sebab Perkara Ini Penting

Peraturan undang-undang dan kontrak khas sering kali digunakan semasa berurusan dengan kerajaan untuk memastikan bahawa dana awam digunakan dengan betul. Perkara ini termasuk syarat bidaan atau pemerolehan, peraturan pengebilan dan perakaunan khas serta sekatan ke atas subkontraktor atau ejen yang mungkin terlibat dengan kita (rujuk juga Kita Mematuhi Garis Panduan Hadiah dan Hiburan). Kita melakukan perkara yang betul dengan sentiasa mengikut prosedur ini.

Cara Kita Melakukan Perkara yang Betul

  • Berurusan dengan Kerajaan

    Jika anda berurusan dengan kerajaan tempatan atau luar negara, ketahui undang-undang yang digunakan dalam aktiviti perniagaan ini dan gunakan pertimbangan yang bijak untuk mengelakkan pelanggaran bagi setiap bait kata yang tersurat atau maksud yang tersirat dalam undang-undang tersebut. Hubungi Pasukan Etika dan Pematuhan Global jika anda mempunyai sebarang soalan.

  • Jangan Jalankan

    Jangan menjalankan perniagaan kerajaan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Jabatan Undang-undang atau Pasukan Etika dan Pematuhan Global.

  • Baca & Patuhi

    Baca dan patuhi dasar Perkhidmatan Pertahanan dan Aeroangkasa Jabil jika anda bekerja dengan pemerintah A.S.

Bekerjasama dengan Pertanyaan Kerajaan

Maklumi Jabatan Undang-undang setiap kali terdapat permintaan daripada kerajaan untuk mendapatkan maklumat atau membuat lawatan yang bukan rutin. Berikan kerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan dengan permintaan untuk mendapatkan maklumat atau membuat pemeriksaan. Apabila memberikan maklum balas kepada permintaan kerajaan, beritahu perkara yang benar. Jangan sekali-kali memperdayakan sesiapa, menghalang kerja mereka, atau menyembunyikan, memusnahkan atau mengubah dokumen.

Dalam bahagian berikut, kita akan merangkumi:

Sekatan Dagangan Boikot Pencegahan Pengubahan Wang Haram

Teruskan Membaca

Kita Mematuhi Keperluan Perdagangan Global