Kewarganegaraan Korporat — Martabat dan Kesetaraan — Undang-undang Buruh
Kita Menghormati Hak Asasi Manusia
Dalam bahagian ini, kita akan merangkumi:

Komitmen Kita
Kita menggalakkan penghormatan diberikan kepada hak asasi manusia di setiap tempat kita beroperasi. Kita percaya bahawa hak asasi manusia merupakan elemen yang penting dalam kewarganegaraan korporat yang bertanggungjawab.
Sebab Perkara Ini Penting
Sebagai warganegara global yang bertanggungjawab, kita sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan penghormatan ke atas hak asasi manusia di seluruh organisasi dan rantaian bekalan kita. Kita menghormati hak asasi manusia, budaya, dan undang-undang individu serta komuniti dengan menyokong martabat dan kesetaraan semua manusia.
Selain menyokong Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Prinsip Panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan dengan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia, kita juga merupakan ahli penuh bagi Perikatan Perniagaan Bertanggungjawab (RBA).
Kita komited terhadap piawaian yang diiktiraf antarabangsa yang disenaraikan di bawah.

Cara Kita Melakukan Perkara yang Betul
-
Tiada Buruh Paksa
Pekerjaan mestilah bebas dipilih. Buruh paksa, buruh terikat atau kontrak, buruh penjara tanpa sukarela, perhambaan atau pemerdagangan manusia tidak sekali-kali boleh diterima.
-
Tiada Buruh Kanak-kanak
Buruh kanak-kanak tidak boleh digunakan dalam sebarang peringkat perkilangan.
-
Waktu Bekerja
Waktu bekerja tidak boleh melebihi 60 jam seminggu, termasuk kerja lebih masa, kecuali dalam situasi kecemasan atau luar biasa. Pekerja perlu dibenarkan sekurang-kurangnya satu hari cuti bagi setiap tujuh hari.
-
Undang-undang Gaji
Gaji dan faedah mestilah mematuhi semua undang-undang gaji yang berkenaan, termasuk yang berkaitan dengan gaji minimum, waktu kerja lebih masa dan faedah yang diwajibkan oleh undang-undang.
-
Tiada Perlakuan yang Tidak Berperikemanusiaan
Perlakuan yang keras dan tidak berperikemanusiaan termasuk gangguan seksual, penderaan seksual, hukuman dera, paksaan mental atau fizikal, atau penghinaan lisan adalah dilarang; pekerja juga tidak boleh diancam dengan perlakuan sedemikian.
-
Kesatuan Sekerja
Hak semua pekerja untuk membentuk dan menyertai kesatuan sekerja, berunding secara kolektif dan terlibat dalam perhimpunan aman – serta hak pekerja untuk tidak terlibat dalam aktiviti tersebut – mestilah dihormati.
-
Tiada Gangguan
Tempat kerja perlu bebas daripada gangguan dan diskriminasi yang menyalahi undang-undang.
Membuat Laporan
Kita semua boleh menyokong usaha untuk menghapuskan pelanggaran hak asasi manusia di Jabil dan di seluruh rantaian bekalan kita. Laporkan sebarang kecurigaan atau bukti pelanggaran hak asasi manusia dalam operasi kita atau dalam operasi rakan niaga kita kepada Talian Penting Integriti.
Ketahui Lebih Lanjut
Dalam bahagian berikut, kita akan merangkumi:
Derma Amal — Menjadi Sukarelawan — Menyumbang Semula