Potensi Konflik – Pendedahan – Keputusan Perniagaan yang Baik
Kita Mengelakkan Percanggahan Kepentingan
Dalam bahagian ini, kita akan merangkumi:

Komitmen Kita
Kita tidak sekali-kali membenarkan kepentingan peribadi mengganggu kita membuat keputusan perniagaan dengan baik. Kita mengelakkan semua situasi yang boleh mengundang walaupun hanya kemunculan percanggahan kepentingan.
Sebab Perkara Ini Penting
Percanggahan kepentingan boleh menjejaskan reputasi kita. Membuat keputusan yang tidak berat sebelah dan beretika membantu perniagaan kita dan membina kepercayaan terhadap rakan niaga dan komuniti kita.

Informasi Sepintas Lalu
Memegang kepentingan kewangan dalam syarikat yang melakukan perniagaan atau yang boleh mempengaruhi perniagaan Jabil. Hal ini termasuk kepentingan kewangan kita sendiri serta kepentingan kewangan ahli keluarga atau rakan yang rapat dengan kita.
- Bercinta atau menjalinkan hubungan romantik atau seksual dengan individu atasan kita, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
- Membuat atau mempengaruhi keputusan perniagaan Jabil yang memberikan manfaat kepada ahli keluarga atau rakan rapat.
- Menjalankan perniagaan dengan, atau menggajikan pasangan, rakan kongsi domestik atau sivil, sanak saudara, atau rakan rapat. Mereka ini termasuklah: ibu, bapa, adik-beradik, anak, anak saudara perempuan/lelaki, datuk nenek, sepupu dan pakcik/makcik, sama ada mempunyai pertalian darah, atau melalui perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
- Mengambil ahli keluarga pelanggan atau pembekal sebagai pekerja.
- Membuat kerja yang mungkin mengganggu kerja hakiki kita di Jabil atau mendorong kita untuk menggunakan waktu kerja atau aset Jabil bagi menjalankan pekerjaan tersebut.
- Membuat dua kerja dengan bekerja di syarikat yang bersaing dengan Jabil atau syarikat yang menjalankan sebarang bentuk perniagaan dengan Jabil.
- Menyalahgunakan aset Jabil atau mempromosikan atau membantu perniagaan luar.

Melakukan Perkara yang Betul – Ambil Tindakan
Anak kepada seorang rakan sekerja memohon pekerjaan dalam pasukan kita. Adakah ini dibenarkan?
Hubungan ini hendaklah didedahkan kepada pihak pengurusan dan HR semasa proses pengambilan pekerja. Pengurusan dan HR, dengan panduan daripada Pasukan Etika dan Pematuhan Global jika diperlukan, akan berusaha untuk menghapuskan atau menguruskan konflik jika anak rakan sekerja tersebut ditawarkan jawatan dalam pasukan.

Melakukan Perkara yang Betul – Ambil Tindakan
Pasangan saya memiliki sebuah syarikat yang ingin menjadi pembekal kepada Jabil. Adakah saya perlu melakukan sesuatu?
Ya. Hubungan ini boleh menimbulkan percanggahan kepentingan yang perlu dinilai oleh Jabil. Semak Dasar Percanggahan Kepentingan dan dedahkan sebarang kemungkinan konflik menggunakan proses yang telah diterangkan.

Melakukan Perkara yang Betul – Ambil Tindakan
Seorang pekerja pembekal bertanya sama ada dia boleh mencadangkan anak perempuannya bekerja di Jabil. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anak perempuan pembekal boleh memohon jawatan di Jabil, tetapi hubungannya dengan syarikat hendaklah didedahkan kepada pihak pengurusan dan HR semasa proses pengambilan pekerja
Ketahui Lebih Lanjut
Dalam bahagian berikut, kita akan merangkumi:
Hadiah & Hiburan — Pegawai Kerajaan — Pencegahan Sogokan & Rasuah