
Membuat Keputusan yang Betul

Tidak pasti?
Membuat keputusan yang betul tidak semestinya mudah. Ada kalanya anda mungkin mengalami tekanan atau tidak pasti tentang perkara yang perlu dilakukan. Anda perlu ingat bahawa terdapat sumber yang tersedia untuk membantu anda, termasuk sumber yang tersenarai dalam Tata ini.
Apabila sukar membuat keputusan, mungkin berguna untuk anda bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan yang berikut:
Mengapakah saya mengalami kesukaran untuk membuat keputusan?
Adakah saya mempunyai semua maklumat yang saya perlukan?
Adakah saya benar-benar tidak pasti tentang perkara yang perlu dilakukan, atau adakah saya keberatan untuk melakukan perkara yang saya tahu adalah betul?
Adakah saya telah mempertimbangkan kesemua kemungkinan pilihan yang ada?
Adakah saya telah mempertimbangkan kesan dan risiko yang terlibat, termasuk impak terhadap pekerja lain dan pelanggan?
Apakah kesan keputusan saya terhadap reputasi Jabil?
Adakah keputusan saya konsisten dengan nilai kita, Tata kita, dasar Syarikat, dan undang-undang?
Adakah saya memahami isu undang-undang yang mungkin terlibat, atau adakah saya perlu berunding dengan Jabatan Undang-undang?
Adakah saya berasa selesa jika keputusan saya dibacakan dalam media?
Apakah pendapat keluarga, rakan, jiran dan rakan sekerja saya tentang tindakan saya?
Adakah saya berasa selesa untuk menerangkan keputusan saya di mesyuarat syarikat?
Adakah terdapat seseorang dalam Jabil yang perlu saya rujuk untuk mendapatkan bantuan?