Tuntutan Undang-undang — Pertanyaan Kawal Selia — Bertindak Balas dengan Tepat
Kita Mematuhi Prosiding Undang-undang Sewajarnya
Dalam bahagian ini, kita akan merangkumi:

Komitmen Kita
Kita akan memberikan respons yang sewajarnya kepada semua tuntutan undang-undang rasmi dan pertanyaan kawal selia. Jabatan Undang-undang bertanggungjawab untuk menyelaraskan respons rasmi Syarikat. Jangan berikan maklumat sebagai respons kepada sebarang pertanyaan tanpa kelulusan Jabatan Undang-undang.
Sebab Perkara Ini Penting
Kita sentiasa bertindak dengan integriti dan kejujuran. Kita mendukung reputasi kita dengan mengendalikan prosiding undang-undang dengan berhati-hati melalui kelulusan Jabatan Undang-undang.

Cara Kita Melakukan Perkara yang Betul
-
Memberikan Respons bagi Pertanyaan
Jika diminta oleh ahli Jabatan Undang-undang untuk menyediakan maklumat berhubung dengan pertanyaan kerajaan atau kawal selia atau siasatan, pastikan bahawa sebarang maklumat yang anda berikan adalah benar, lengkap dan tepat.
-
Pihak Luar
Jangan berikan maklumat kepada pihak luar berkaitan dengan pertanyaan undang-undang tanpa kelulusan bertulis daripada Jabatan Undang-undang.
-
Jangan Cuba Menghalang
Jangan cuba menghalang pengumpulan maklumat, data, testimoni atau rekod.
-
Jangan Kelirukan
Jangan kelirukan mana-mana penyiasat atau pegawai kerajaan atau pengawal selia yang lain.
Informasi Sepintas Lalu
Terdapat banyak jenis tuntutan undang-undang dan pertanyaan peraturan. Contoh termasuk:
- Saman
- Aduan
- Sepina
- Surat-menyurat kawal selia rasmi
Jika anda menerima mana-mana dokumen ini atau sebarang permintaan kerajaan atau undang-undang yang bukan rutin, hantarkan segera maklumat tersebut kepada Jabatan Undang-undang.
Dalam bahagian berikut, kita akan merangkumi:
Maklumat Sulit — Harta Intelektual — Kelebihan Daya Saing Kita