Dunia Kita

Kita Menyokong Komuniti Kita

Dalam bahagian ini, kita akan merangkumi:

Derma Amal Menjadi Sukarelawan Menyumbang Semula

Komitmen Kita

Di Jabil, kita menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik dengan menyantuni antara satu sama lain. Kita memberikan penyelesaian inovatif, menyumbang semula kepada komuniti tempatan kita dan menghormati alam sekitar. Jabil berbangga dapat menyokong aktiviti amal dalam komuniti tempatan kita. Kita menggalakkan pekerja kita dan mereka yang bekerja bagi pihak kita untuk melakukan perkara yang sama. Kita percaya bahawa walaupun usaha kita dilakukan secara setempat, tetapi memberikan kesan secara global.

Sebab Perkara Ini Penting

Kita berbangga memberikan manfaat semula kepada komuniti, yang menjadi tempat kita tinggal dan bekerja. Kita melakukannya dengan memberikan sokongan untuk menangani cabaran khusus di komuniti setempat dan negara tempat kita beroperasi.

Cara Kita Melakukan Perkara yang Betul

  • Sukarela

    Menggunakan masa PTO Perkhidmatan Komuniti anda untuk menjadi sukarelawan di badan amal yang penting bagi diri anda sendiri.

  • Komuniti Tempatan

    Menyokong organisasi yang menangani isu yang memberikan kesan kepada komuniti setempat anda.

  • Sokongan

    Menyokong organisasi yang seiring dengan visi Jabil untuk menjadi warganegara korporat terkemuka dan aktiviti yang selari dengan tumpuan utama Jabil Cares dalam bidang Pendidikan, Pemerkasaan & Alam Sekitar.

  • Jadual Kerja

    Jika anda menjadi sukarelawan dalam organisasi kebajikan, pastikan penyertaan anda tidak mengganggu jadual kerja anda.

  • Derma Amal

    Tidak sekali-kali membuat sumbangan langsung atau tidak langsung bagi pihak Jabil kecuali dibenarkan. Sebarang derma amal yang dibuat oleh Jabil perlu diluluskan oleh naib presiden eksekutif (EVP) anda.

  • Tiada Diskriminasi

    Memastikan organisasi amal mematuhi dasar tanpa diskriminasi dan percanggahan kepentingan Jabil.

  • Pilih Organisasi

    Memilih organisasi amal yang tidak akan memberikan manfaat secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana pekerja Jabil atau ahli keluarga mereka.

  • Penyertaan Peribadi

    Tidak sekali-kali memberikan tanggapan bahawa penyertaan peribadi dalam badan amal atau acara disokong atau disahkan oleh Jabil kecuali jika telah diluluskan terlebih dahulu oleh EVP anda.

Organisasi Amal

Anda diingatkan bahawa organisasi amal tidak termasuk:

  • Buruh atau kesatuan sekerja.
  • Persatuan sivik atau perniagaan.
  • Mana-mana organisasi yang cuba mempengaruhi undang-undang kerajaan atau menyokong ahlinya.

Dalam bahagian berikut, kita akan merangkumi:

Aktiviti Politik Peribadi Aktiviti Politik Jabil Dana Syarikat

Teruskan Membaca

Kita Menjalankan Aktiviti Politik dengan Betul