Warga Kita

Kita Melindungi Alam Sekitar

Dalam bahagian ini, kita akan merangkumi:

Kelestarian Memulihara Sumber Peraturan Alam Sekitar

Komitmen Kita

Jabil komited terhadap kelestarian dalam operasi kita. Kita memenuhi atau melebihi keperluan undang-undang alam sekitar yang berkenaan dan berusaha untuk sentiasa memperbaiki prestasi alam sekitar kita. Kita melindungi alam sekitar melalui pemeliharaan sumber, pengurangan sisa, penggunaan tenaga dan air yang cekap, serta pengurusan bahan dan bahan kimia yang berkesan. Kita membincangkan dan melaporkan secara telus tentang prestasi kita yang disahkan bagi objektif kelestarian utama kita.

Sebab Perkara Ini Penting

Kita berusaha untuk menjadi peneraju industri dalam kelestarian alam sekitar. Kita memahami bahawa operasi perniagaan dan aktiviti boleh memberikan kesan terhadap alam sekitar yang menjadi asas kehidupan untuk terus bertahan dan berkembang. Kita sentiasa berusaha untuk meminimumkan kesan kita dalam pelbagai cara.

Kita menggunakan teknik berasaskan data untuk mengenal pasti keutamaan kelestarian kita dan mengubahnya menjadi tindakan yang penuh bermakna. Kita mengintegrasikan pertimbangan ini dalam perniagaan kita, dengan mengambil kira kesejahteraan pekerja, alam sekitar dan masyarakat, sambil memupuk pertumbuhan ekonomi dengan penuh tanggungjawab.

Cara Kita Melakukan Perkara yang Betul

  • Budaya Pematuhan

    Mengukuhkan budaya pematuhan kepada undang-undang, dasar, permit dan peraturan serta amalan terbaik industri yang bertujuan untuk:

    Mencegah pencemaran.

    Menguruskan risiko alam sekitar secara proaktif.

    Memulihara tenaga, air dan sumber semula jadi yang lain.

    Mengurangkan kesan operasi kita terhadap alam semula jadi.

  • Membuat Laporan

    Melaporkan kepada pengurusan tempatan sebarang kejadian atau keadaan yang mungkin mengakibatkan pelanggaran peraturan alam sekitar atau kesan buruk terhadap alam sekitar.

  • Bersikap Proaktif

    Bersikap proaktif dan mencari jalan supaya kita dapat mengurangkan sisa dan menggunakan tenaga dan sumber semula jadi dengan lebih cekap.

  • Galakan & Sokongan

    Memberikan galakan dan sokongan kepada rakan niaga luar dan pihak berkepentingan untuk mencari jalan bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar mereka.

Kelestarian Jabil

Tiga tunggak kita membentuk asas kepada usaha kelestarian global kita. Dalam setiap tunggak tersebut, kita telah mengenal pasti kawasan tumpuan yang kita percaya bahawa kita boleh memberikan impak yang terbesar:

Memberikan tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan warga kita serta komuniti di tempat kita beroperasi.

Memastikan kita mengendalikan dan menguruskan sumber di lokasi kita secekap mungkin.

Menyampaikan inovasi yang lestari sepanjang kitaran hayat produk.

Tumpuan utama kita dalam kelestarian sosial dan alam sekitar termasuk:

  • Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja
  • Perubahan iklim dan ekonomi kitaran
  • Pelepasan udara dan pengurusan sisa
  • Kecekapan tenaga dan air
  • Pengurusan bahan dan bahan kimia
  • Tanggungjawab sosial

Dalam bahagian berikut, kita akan merangkumi:

Data Peribadi Undang-undang Privasi Memastikan Keselamatan Maklumat

Teruskan Membaca

Kita Melindungi Maklumat Peribadi Pekerja